Saturday, August 27, 2011

Aidil Fitri 2011..:D

Salam Aidil Fitri khas buat kawan-kawan...:D, sudah lama x menjenguk dan menulis blog ini rasanya, 
tiba-tiba rindu pula pada rakan blogger. Pertamanya a'an ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011, semoga lebaran kali ini membawa 1000 makna untuk diri kawan-kawan...jangan lupa datang rumah eh...










Saturday, June 25, 2011

~Hari Bapa~


Abah, pertamanya a'an ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa Buat Abah, Terharu Dan Terkilan Rasanya Bila Mengingat Balik Jasa Abah Kepada a'an. Walau macam mana sesibuk abah pun, abah masih berpeluang memberi kasih sayang kepada anak-anak.

Abah, dari kecil lagi abah sudah mengajar a'an hidup berdikari dan berfikiran yang positif, bertapa hebatnya abah ku, bila orang berkata 'ayah pa'an 2 segamat dengan johor macam sebelah rumah kan.' maksud yang tersirat disitu adalah. kawan a'an x pernah melihat seorang pemimpin yang macam abah.

Abah, Terharu diri a'an bila dengar dari mulut rakan a'an sebegitu rupa. Abah, Engkau lah Yang Sampulkan Buku Teks ku, Abah Engkaulah Yang Kapurkan kasut sekolah Ku, Abah Engkau Jugalah Yang Menghantar Ku Ke Sekolah. Abah engkau dipandang mulia oleh kami adik beradik. Terima Kasih Abah.


Sebelum A'an Menutup kata- kata A'an...Sajak Ini Khas Buat Abah Ku Yang Tercinta YB Datuk Haji Othman Bin Jais..Love You Abah

Khas Buat Abah Yang Kusanjungi
 
Abah aku akan rasa sunyi jika kehilanganmu,
Abah engkau bagaikan Permata dalam isi hatiku,
Abah Engkau bagaikan pemaisuri bagi Ibuku Yang Disayangi,
Rintingan Demi Rintingan Yang Engkau Lalui Dengan Tabah.

Abah Aku Menyanjungi Jasamu Yang Terlalu Agung Bagiku,
Abah Aku Terpegun Melihat Cara Kepimpinan Mu,
Abah Aku Terharu Dengan Jasa Dan Pergorbananmu,
Abah, Engkaulah Bapa Yang Mitsali Bagiku.

Abah kami Tahu Apa Yang Abah Mahukan,
Abah kami Sentiasa Bersama Mu Abah,
Abah Senang Kami Ada Abah Susah Pun Kami Ada,
Abah, Bagiku Engkaulah Perjuang Dan Perwira Kami.

Sunday, May 8, 2011

Happy Mother Day


'Selamat Hari Ibu'


Emak, terima kasih atas kesudian menjaga a'an dari kecil sehinggalah ke hari ini, a'an tidak tahu bagaimana 
hendak membalas jasa dan pergorbanan emak yang selama ini emak curahkan dekat a'an. Emak sentiasa   
bersama a'an ketika senang dan susah. 

19 Ogos 1990 adalah satu tarikh keramat bagi a'an, tarikh ini juga a'an akan ingat sampai a'an tidak di bumi 
yang bertuah ini. dari kecil lagi emak sudah mendidik a'an sebagai orang yang pandai berdikari dari segi apa 
pun, terima kasih emak & abah.

Ingat Lagi zaman-zaman sekolah di segamat, emak sentiasa ingatkan dekat a'an perkataan ini. ' Belajar Rajin     Rajin Untuk Menjadi Insan Yang Cemerlang. a'an selalu mencintai dirimu wahai emak, dan emak jugalah  yang selalu memasukkan duit Rm 1.00 (syilling) di sampul tangan yang sentiasa dibawa oleh a'an ke    
sekolah.

Emak, tidak pernah kenal erti penat dan menyesal mendidik a'an, alhamdulillah sampai ke hari ini a'an menjadi anak yang selalu mendengar kata - kata emak. Emak, jasa dan pergorbanan emak terhadap a'an 
terlalu banyak dan a'an tidak akan melupakanya begitu sahaja.

Ya Allah
Engkau panjangkan umur ibu ku, Engkau permudahkan segala urusan ibu ku, Engkaulah Berikan 
makanan & minuman yang halal kepada ibu ku, Engkau berikan kesihatan yang baik.


 p/s :  a'an berjanji a'an sentiasa bersama emak..muahx








           

Monday, April 18, 2011

bangganya !!

salam,

apa kena mengena tajuk aku dekat bangganya? macam ini, bangun je pagi tadi terniat hati aku nak pergi tengok peti surat, da lama x p jenguk katanya..:D, then ada satu surat atas nama aku...aku pelik la sape seh yang bagi aku surat padahal bukan musi perayaan or aku BERCINTA dengan sape2 pun..hahaha, last2 suratnya adalah surat berkenaan dengan HARI KONVOKESYEN WILAYAH JOHOR YANG KE 7.


Inilah Suratnya, Pos Ekspress Taw..:D

Dalamnya Terisi la Buku Panduan Majlis Konvokesyen Ke 7.

p/sx sabar rasanya nak menunggu hari yang dinanti...:D


Tuesday, April 12, 2011

Syabas Dan Tahniah

Salam,

Rasanya dah lama x tulis dekat blogger ini, maklum la sibuk mencari rezeki dan aktiviti persatuan sebulan ini. alhamdulillah, Persatuan kami berjaya menghantar seramai 9 orang untuk pergi ke Kursus Asas Go-Kart Negeri
Johor, yang diadakan di Kompleks Sukan Air, Dan Udara Desaru Kota Tinggi Pada 9 dan 10 April 2011. 

2 Ahli Persatuan Kami berjaya pergi ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat kebangsaan, yang mana mereka akan mewakili negeri johor untuk tournement pada bulan 11 nanti yang akan diadakan di Langkawi, Kedah..

Di bawah ini, Saya sertakan serba sedikit gambar - gambar semasa kursus di jalankan sepanjang 2 hari di sana.


Ahli Persatuan Yang Menyertai Kursus Go-Kart.


 Para Peserta Mendengar Taklimat.


Testing Drive..:D



Monday, March 7, 2011

Bertunang







Congratulation Aza & Bob

Apa - apa pun tahniah kepada kakak saya Azanurfaezan Dan Tunangnya Mohd Naqiuddin. Alhamdulillah Semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. x sia - sia berkawan selama 6 tahun.

adakah selapas ini giliran saya? hahaha, lambat lagi la. calon pun xde nie, bak kata mama saya 'Jangan nak mengatal dengan anak dara orangnya farhan..hehe..:D

dibawah ini menunjukkan sedikit sebanyak gambar semasa majlis..tengok la nya..:D
 



Bersama Pihak Lelaki


bersama bakal besan...:)


 Jemput la makan..:D


sedara - mara yang hadir




 

Saturday, February 26, 2011

'Pemimpin'


 Wahai Pemimpin,
Pagi, Petang,Dan Malam,
aku terpaku keseorangan di pintu rumah,
aku menunggu kepulangan mu wahai pemimpin,

Selangkah Demi Selangkah,
Engkau Menawan Pelusuk Dunia,
Engkau Berada Di Barisan Hadapan,
Menjadi Contoh Kepada Anak Didikmu Wahai Pemimpin,

Turun Padang Menjadi Keutamaan,
Jiwa Rakyat, Nadi Rakyat Sentiasa Dijaga ,
Tanggujawab Rakyat Harus Dipukul ,
Untuk Tanah Airmu Yang Tercinta.

1 misi 1 visi,
1 matlamat 1 malaysia,
menjadikan malaysia sebagai,
satu negara yang maju di masa akan datang.

(khas buat ayahnda tercinta Datuk Haji Othman Bin Jais)