Sunday, May 8, 2011

Happy Mother Day


'Selamat Hari Ibu'


Emak, terima kasih atas kesudian menjaga a'an dari kecil sehinggalah ke hari ini, a'an tidak tahu bagaimana 
hendak membalas jasa dan pergorbanan emak yang selama ini emak curahkan dekat a'an. Emak sentiasa   
bersama a'an ketika senang dan susah. 

19 Ogos 1990 adalah satu tarikh keramat bagi a'an, tarikh ini juga a'an akan ingat sampai a'an tidak di bumi 
yang bertuah ini. dari kecil lagi emak sudah mendidik a'an sebagai orang yang pandai berdikari dari segi apa 
pun, terima kasih emak & abah.

Ingat Lagi zaman-zaman sekolah di segamat, emak sentiasa ingatkan dekat a'an perkataan ini. ' Belajar Rajin     Rajin Untuk Menjadi Insan Yang Cemerlang. a'an selalu mencintai dirimu wahai emak, dan emak jugalah  yang selalu memasukkan duit Rm 1.00 (syilling) di sampul tangan yang sentiasa dibawa oleh a'an ke    
sekolah.

Emak, tidak pernah kenal erti penat dan menyesal mendidik a'an, alhamdulillah sampai ke hari ini a'an menjadi anak yang selalu mendengar kata - kata emak. Emak, jasa dan pergorbanan emak terhadap a'an 
terlalu banyak dan a'an tidak akan melupakanya begitu sahaja.

Ya Allah
Engkau panjangkan umur ibu ku, Engkau permudahkan segala urusan ibu ku, Engkaulah Berikan 
makanan & minuman yang halal kepada ibu ku, Engkau berikan kesihatan yang baik.


 p/s :  a'an berjanji a'an sentiasa bersama emak..muahx